skip to main |
skip to sidebar
- Bersyukurlah kepada Allah, kerana bersyukur itu adalah untuk dirimu sendiri & jika tiada sesiapa yang bersyukur, sesungguhnya Allah itu Maha Kaya lagi Maha Terpuji..
- Janganlah kamu mempersekutukan Allah kerana mempersekutukan Allah itu adalah satu kesalahan & dosa yang amat besar..
- Berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa kerana kesusahan mereka menjaga kamu & penderitaan ibumu mengandungkanmu & menyusukanmu selama 2 tahun..
- Janganlah kamu ikuti perintah kedua ibu bapamu jika perintah itu memaksa kamu mempersekutukan Allah tetapi pergaulilah mereka dengan baik..
- Buatlah kebaikan kerana kebaikan itu walaupun sebesar biji sawi atau tersembunyi di dalam batu, di langit atau di bumi akan di perhitungkan oleh Allah kerana Allah Maha Mengetahui..
- Dirikanlah solat & berbuat baik serta cegahlah berbuat buruk & teguhkan hati dalam apa jua yang menimpa kamu..
- Janganlah kamu bersikap sombong & janganlah berjalan di muka bumi dengan angkuh kerana Allah tidak menyukai sikap angkuh & sombong..
- Bersederhanalah dalam berjalan & lembutkanlah suaramu kerana contoh suara yang buruk adalah seperti suara keldai..
0 comments:
Post a Comment