Tuesday 22 November 2011

Wajah Suci


Wajah suci itu tidak berdosa
Mengapa dia dibiar begitu saja
Sedih pilu menatap rupanya
Kaku terdampar di lembah hina
Apa dosanya si kecil itu
Belum sempat dia memanggil ibu
Sampai hati engkau dizalimi
Oleh mereka yang tiada simpati
Tubuh kecil itu mahu dihargai dihormati
Dimakamkan dia bukan dibuang sesuka hati
Dimanakah nilai ehsan insani
Apa dosanya si kecil itu
Kerana kasih tersasar tujuan hidup
Hingga lahir zuriat yang bukan pilihan
Buntu tiada jalan penyelesaian
Lalu si anak dibuang di jalanan
Sayu hati melihat nasib dirimu
Bagai tiada nilainya di sisi
Wajah sucimu telah dinodai
Namun lahirnya ada nilainya
Di sisi Allah engkau mulia bagai kain putih kau tiada dosa
Bertaubatlah mereka yang hina

Saturday 19 November 2011

10 Hal Yang Mendatangkan Cinta Allah s.w.t.


Pertama, membaca Al Quran dengan merenungi dan memahami maknanya.


Kedua, mendekatkan diri kepada Allah dengan mengerjakan ibadah yang sunnah, setelah mengerjakan ibadah yang wajib. 


Ketiga, terus menerus mengingat Allah dalam setiap keadaan, baik dengan hati dan lisan atau dengan amalan dan keadaan dirinya.


Keempat, lebih mendahulukan kecintaan pada Allah daripada kecintaan pada dirinya sendiri ketika dia dikuasai hawa nafsunya.


Kelima, merenungi, memperhatikan dan mengenal kebesaran nama dan sifat Allah.


Keenam, memperhatikan kebaikan, nikmat dan kurnia Allah yang telah Dia berikan kepada kita, baik nikmat lahir ataupun batin.


Ketujuh, inilah yang begitu istimewa iaitu menghadirkan hati secara keseluruhan tatkala melakukan ketaatan kepada Allah dengan merenungkan makna yang terkandung di dalamnya. 


Kelapan, menyendiri dengan Allah di saat Allah turun ke langit dunia pada sepertiga malam yang terakhir untuk beribadah dan bermunajat kepadaNya serta membaca kalam-Nya (Al Quran).

Kesembilan, duduk bersama orang-orang yang mencintai Allah dan bersama para siddiqin.


Kesepuluh, menjauhi segala sebab yang dapat mengahalangi antara dirinya dan Allah s.w.t..

Signifikan H.A.M.B.A.


~ Hanya Allah Mampu Bantu Aku
~ Hati Aku Masih Bersama Allah
~ Hidup Atau Matiku Bersandarkan Allah
~ Hamba Adalah Manusia Bertuhankan Allah

Faqirnya Aku


Ya Allah,
Aku hamba yang maha faqir,
Sentiasa mengharap akan kekayaanMU,
Aku hamba yang maha lemah,
Sentiasa mengharap kepada bantuanMU.

Ya Allah,
Bagaimana ku ingin mengadu padaMU,
Sedangkan ia tidak pernah tersembunyi dariMU,
Bagaimana ku ingin jelaskan segala urusanku,
Sedangkan sega-galanya dariMU.

YaAllah Ya Tuhanmu,
Engkau Tuhan yang Maha Perkasa,
Yang menguasai isi alam semesta,
Segala pujian hanyalah untukMU,
Rahmatilah diriku ini.

Oh Tuhanku,
Alangkah dekatnya engkau kepadaku,
Tetapi jauhnya aku daripadaMU,
Oh Tuhanku,
alangkah kasihnya engkau kepadaku,
Tetapi sering ku lupa segala kurniaanMU.

Engkau yang telah menjadikan diriku,
Aku hambaMU yang berada digenggamanMU,
Aku berlindung dari kejahatan yang telah ku lakukan,
HanyaMU Tuhan Pengampun segala dosa,
Kau Maha Pengasih.


Surat Dari Hawa Untuk Adam


Adam..
Sebagaimana di dalam Al-Quran telah menyatakan yang engkau diberi kuasa terhadap wanita.
Engkau diberi amanah untuk mendidikku,
Engkau diberi tanggungjawab untuk menjagaku, memperhatikanku & mengawasiku agar Redha allah sentiasa di naungi. Tetapi duhai Adam, lihatlah kaummu kini sedikit sekali yang menghormati kami.
Adam..
Kau selalu mengatakan, Hawa degil! Tak mau dengar kata! Kepala batu!.. Tetapi duhai Adam, seharusnya kau bertanya kepada dirimu, siapakah teladanmu? Siapakah rujukanmu? dalam mendidik kaum Hawa yang lemah ini. Adakah teladanmu Muhammad s.a.w.? Adakah rujukanmu Muhammad s.a.w.? Adakah akhlakmu boleh dijadikan contoh buat kami kaum Hawa?
Adam..
Sebenarnya kaulah imam & kaum Hawa adalah makmummu. Gunakanlah ketinggian akhlak & akalmu untuk membimbingku. Bimbing & bantulah aku dalam menyelami kalimah Allah s.w.t.. Perdengarkanlah aku kalimah syahdu dari Allah agar duniaku sentiasa di jalan rahmah. Tiupkanlah roh jihad ke dalam dadaku agar aku mampu menjadi mujahid kekasih Allah s.w.t..

Syabab Musafir Kasih

Syabab merupakan seorang anak yatim yang telah kehilangan ayah. Dia anak terbiar kerana ibunya sibuk bekerja untuk menampung hidup. Abang dan kakaknya tidak pernah ambil kisah tentang Syabab. Orang kampung ramai yang membenci, mencaci.. Cuma Nur Mumtazah seorang yang mengasihi. Nur Mumtazah merupakan jiran Syabab yang seringkali berjumpa dan menasihati Syabab. Kasih sayangnya melembutkan hati Syabab. Sungguhpun begitu, sejauh manalah perhatian Nur Mumtazah terhadap Syabab dapat diberikan. Apabila Nur Mumtazah menyambung pelajaran, Syabab menderita merindui Nur Mumtazah. Nasihat-nasihat yang diberi oleh Nur Mumtazah diingati sentiasa. Namun, kerinduan yang terpendam menyebabkan dia berubah laku. Syabab memang sudah malas belajar. Apalagi keputusannya tidaklah begitu membanggakan. Tingkahnya semakin menjadi-jadi apabila dia masuk menjadi ahli kumpulan Majid yang terkenal sebagai budak nakal di Kampung Lintah Pacat. Banyak perubahan yang berlaku pada diri Syabab... saya sarankan kepada teman-teman untuk membaca sendiri kisah ini untuk mengetahui bagaimana pentingnya tarbiah diri kepada Syabab-syabab di kampung-kampung kita.. dan bagaimana kita dapat mengaplikasikan 'memerangi dengan kasih sayang'. Syabab pemuda berbakat besar. Sifat kepimpinannya memang ada di dalam diri, cuma perlu digilap bagi mengerlipkan kilauan permata Kampung Lintah Pacat. Apa yang menarik perhatian saya dari novel ini adalah bagaimana Nur Mumtazah yang sudah berkahwin dan beranak dua, berganding bahu menjadi sayap kiri suami tercinta dalam menyebarkan dakwah terhadap remaja-remaja di Kampung Lintah Pacat. Ia membuatkan saya terfikir,. betapa bagusnya jika ada insan-insan seperti Nur Mumtazah dan Ustaz Mursyid di seluruh kampung-kampung di Malaysia ini.. Mereka menerapkan elemen usrah untuk mengumpulkan remaja-remaja di KLP supaya mereka berada dalam jilsah halaqi,. suasana yang baik untuk mendidik hati.. Pada pandangan saya, novel ini sememangnya bagus untuk dimiliki terutamanya kepada golongan-golongan yang sukar menerima bacaan berat. Insya-Allah dapat juga membantu dalam usaha dakwah. Saya juga ingin mengajak teman-teman agar merenung, apakah peranan kita dalam keluarga dan masyarakat? Cukupkah kita menyertai usrah-usrah yang tersedia di kampus-kampus pengajian? Cukupkah kita menganjurkan program-program untuk sahabat-sahabat di kampus? Fikir-fikirkanlah... Persoalan itu untuk diri saya juga. Sekurang-kurangnya, tunjukkan diri sebagai seorang Muslim yang sejati. insyaAllah..

SYABAB,
Lahirmu bagaikan tak berharga,
Kau anak desa yatim tak berbapa,
Kesusahan hidup mendesakmu berdikari,
Dalam keliru kau mencari identiti diri,
Ketulusan jiran mengajarmu kehidupan,
Cabaran berterusan berbuah kematangan.
Wahai SYABAB,
Ketekunanmu mengoborkan cita-cita,
Semangatmu bak api marak menyala,
Kau pemuda harapan,
Sinar menantimu di hadapan,
Bebaskanlah pemuda,
Dari belenggu kejahilan,
Kau mampu berlari kencang,
Mencipta gelombang.
Ayuh, SYABAB..!!

Thursday 17 November 2011

9 Sebab Hati Tidak Tenang

1. Pemarah:
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang..

2. Pendendam:
Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki:
Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil:
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tamak:
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar:
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

7. Ego:
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.

8. Riak:
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabur dengan apar yang kita ada.

9. Cinta Dunia:
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan ‘neraka dunia’ kerana dunia itu ‘panas’ akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Ayat Kursi

1) Baca pada saat keluar rumah, 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi
2) Baca saat masuk rumah, kemiskinan tdk akan memasuki rumahmu
3) Baca setelah berwudhu, Derajatmu akan dinaikkan 70 tingkat 
4) Baca pada saat tidur, malaikat akan menjagamu sepanjang malam ...
5) Baca setelah solat, maka jarak antara kamu dan surga hanyalah kematian. Sampaikan kepada orang lain, maka ini adalah sedekah jariah. Dan pada setiap orang yg mengamalkan, kamu akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat

Carilah hatimu di tiga tempat.. Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al-quran, tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati..