Saturday 19 November 2011

Syabab Musafir Kasih

Syabab merupakan seorang anak yatim yang telah kehilangan ayah. Dia anak terbiar kerana ibunya sibuk bekerja untuk menampung hidup. Abang dan kakaknya tidak pernah ambil kisah tentang Syabab. Orang kampung ramai yang membenci, mencaci.. Cuma Nur Mumtazah seorang yang mengasihi. Nur Mumtazah merupakan jiran Syabab yang seringkali berjumpa dan menasihati Syabab. Kasih sayangnya melembutkan hati Syabab. Sungguhpun begitu, sejauh manalah perhatian Nur Mumtazah terhadap Syabab dapat diberikan. Apabila Nur Mumtazah menyambung pelajaran, Syabab menderita merindui Nur Mumtazah. Nasihat-nasihat yang diberi oleh Nur Mumtazah diingati sentiasa. Namun, kerinduan yang terpendam menyebabkan dia berubah laku. Syabab memang sudah malas belajar. Apalagi keputusannya tidaklah begitu membanggakan. Tingkahnya semakin menjadi-jadi apabila dia masuk menjadi ahli kumpulan Majid yang terkenal sebagai budak nakal di Kampung Lintah Pacat. Banyak perubahan yang berlaku pada diri Syabab... saya sarankan kepada teman-teman untuk membaca sendiri kisah ini untuk mengetahui bagaimana pentingnya tarbiah diri kepada Syabab-syabab di kampung-kampung kita.. dan bagaimana kita dapat mengaplikasikan 'memerangi dengan kasih sayang'. Syabab pemuda berbakat besar. Sifat kepimpinannya memang ada di dalam diri, cuma perlu digilap bagi mengerlipkan kilauan permata Kampung Lintah Pacat. Apa yang menarik perhatian saya dari novel ini adalah bagaimana Nur Mumtazah yang sudah berkahwin dan beranak dua, berganding bahu menjadi sayap kiri suami tercinta dalam menyebarkan dakwah terhadap remaja-remaja di Kampung Lintah Pacat. Ia membuatkan saya terfikir,. betapa bagusnya jika ada insan-insan seperti Nur Mumtazah dan Ustaz Mursyid di seluruh kampung-kampung di Malaysia ini.. Mereka menerapkan elemen usrah untuk mengumpulkan remaja-remaja di KLP supaya mereka berada dalam jilsah halaqi,. suasana yang baik untuk mendidik hati.. Pada pandangan saya, novel ini sememangnya bagus untuk dimiliki terutamanya kepada golongan-golongan yang sukar menerima bacaan berat. Insya-Allah dapat juga membantu dalam usaha dakwah. Saya juga ingin mengajak teman-teman agar merenung, apakah peranan kita dalam keluarga dan masyarakat? Cukupkah kita menyertai usrah-usrah yang tersedia di kampus-kampus pengajian? Cukupkah kita menganjurkan program-program untuk sahabat-sahabat di kampus? Fikir-fikirkanlah... Persoalan itu untuk diri saya juga. Sekurang-kurangnya, tunjukkan diri sebagai seorang Muslim yang sejati. insyaAllah..

SYABAB,
Lahirmu bagaikan tak berharga,
Kau anak desa yatim tak berbapa,
Kesusahan hidup mendesakmu berdikari,
Dalam keliru kau mencari identiti diri,
Ketulusan jiran mengajarmu kehidupan,
Cabaran berterusan berbuah kematangan.
Wahai SYABAB,
Ketekunanmu mengoborkan cita-cita,
Semangatmu bak api marak menyala,
Kau pemuda harapan,
Sinar menantimu di hadapan,
Bebaskanlah pemuda,
Dari belenggu kejahilan,
Kau mampu berlari kencang,
Mencipta gelombang.
Ayuh, SYABAB..!!

0 comments: